Have an account?

Tentang Kami

VISI

Memperkasakan peranan barisan intelektual dalam sama-sama mencapai pembangunan negara secara beriltizam dan bersepadu ke arah mengurus dan pembudayaan ilmu yang seimbang terhadap masyarakat dalam memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

MISI

Meletakkan aspirasi negara sebagai tunggak halatuju gerakan melalui perancangan dan perlaksanaan program-program peningkatan ilmu dan kemahiran melalui penglibatan barisan tenaga mahir dan kebersamaan sektor awam dan swasta secara bersepadu dan berterusan

MATLAMAT

  1. Menjalin dan merapatkan hubungan baik dengan graduan pengajian tinggi serta kerjasama yang berterusan bersama sektor awam dan swasta untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.
  2. Menyebarluaskan penghayatan ilmu melalui kepelbagaian program aktiviti ilmiah bagi memenuhi keperluan dan kemaslahatan ke arah memartabatkan maruah agama dan bangsa.
  3. Menubuhkan tapak sekretariat sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran Persatuan Siswazah Sabah.

SYARAT KEAHLIAN
  1. Lepasan siswazah atau graduan pengajian tinggi
  2. Warganegara
  3. Bermastautin di Sabah






KEISTIMEWAAN AHLI

1.Memperluaskan kenalan.
2.Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan. 3.Menyertai pelbagai aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan dan kebajikan.
4.Pendedahan kepada peluang-peluang kerjaya.